Tuesday, April 30, 2013

new bud =,|

haa kalau nak tau, skg kt mocow baru nak start musim bunga, seperti yang tertera di ruangan tajuk nun di atas sana, gua nak cite pasal benih yg baru nak kembali bercambah. malangnya bukan pasal benih2 bunga semulajadi di sekitar moscow sebab memang xde bunga yg nak tumbuh kat sini, semua diorang tanam yang dah siap kat tepi2 jalan n taman2, tapi aku nak cite pasal satu benih yang dah lama wujud, bertahun lamanya aku pendam benih ni, sebab? haaa..
once upon a time, eceh mesampah gila ayat cliche, actually benih ni asalnya macam benih2 yg lain, muncul secara tiba dalam satu taman yg xramai orang taw, even aku sendiri xtaw taman tu sebenarnya wujud ke tak =P tp yg pasti benih2 tu betul2 wujud, tapi aku biarkan je sebab aku pikir benih tu sama macam benih2 lain, xde pape special..
story about this benih bermula about a year since dia wujud, time tu aku just semai ala kadar je, xserious pon sebab aku dah ade satu pokok yang aku tengah jaga, pokok yang aku anggap lebih bermakna berbanding benih tadi, after a while, aku baru perasan banih yg aku anggap biasa, yang aku semai main2 tu, tibe2 tumbuh, even masih kecil, tapi cukup untuk menarik perhatian aku, tapi masa tu aku xbg perhatian sangat sebab aku still ade pokok yg aku kena jaga, jujur aku mmg sayang sangat kt pokok tu, tapi secara xsedar dalam masa yg sama rasa sayang tu mengalir sikit2 kt pokok(benih) kecik yg baru tumbuh tadi, masa tu honestly mmg aku dah goyang sket, sket je lah =P
cerita sket pasal pokok besar, pokok ni dah agak lama aku bela, aku jaga, aku semai, even beberapa kali taufan melanda, aku teteap pertahankan pokok ni, sebab aku sayang sangat kat dia, tapi takdir dah tertulis, mungkin aku bukan penjaga sebenar pokok ni, akhirnya tumbang jugak, lama gak masa aku guna untuk lupakan pokok tu, sebab dah lama aku jaga dia, even aku cuba alihkan perhatian aku kt benih baru td, kenangan2 dgn pokok tu still menari2 dalam memori, after half a year kot baru aku betul2 move on, n after that aku nekad xnak lagi bela pokok until i'm totally ready.
berbalik kt benih tadi, aku xpernah terpikir pon nak semai dia, even dalam hati aku meronta2, tp sebab aku dah janji dgn diri sendiri xnak bela pokok lagi, so aku biarkan je, tp kedaan kami yang memaksa kami selalu bersama, eceh terpaksa haha tp betul, secara xsedar kami mmg dah selalu bersama, n dalam diam rupanya benih tadi dah semakin besar, satu tahap yg aku sendiri xboleh melarikan perhatian aku dari pokok baru nih, aku serba salah, terikat antara janji dan perasaan aku sendiri, ade beberapa kali aku buat istikharah, n aku semacam rasa yg aku patut semai pokok nih, lalu terjadi satu kejadian betul2 buat aku frust, betul2 time musim bunga baru bermula, waktu yg aku rasa amat sesuai untuk aku mula semai pokok tu, tapi aku ternampak seseorang datang tebas n bawak lari pokok tu, time tu aku rasa betul2 frust, kecewa, rasa nak tumbuk je muka orang tu, tapi aku stay cool, xnak malukan dia, xnak malukan diri sendiri, aku pendamkan je.
tak lama lepas tu aku dah boleh terima, aku redha, maybe berkat aku istikharah aritu, aku dah nampak keputusan, so aku move on, aku teruskan hidup aku macam biasa, even pokok tu still ada dekat dgn aku, aku dapat terima pokok tu bukan aku punya, aku kena biasakan, dan aku dah boleh biasakan diri, aku bangga sedikit dengan diri sendiri =)
sampailah satu masa bila aku dapat tahu, rupanya pokok tu still tunggu aku, untuk bawak dia balik, ke taman yang asal, taman tempat dia mula2 tersemai, taman tempat aku biarkan dia sendiri, dan sekali lagi aku rasa, perasaan yg aku sendiri xsuka, perasaan yg aku dah janji nak pendam sampai masanya, sekali lagi, benih yang aku dah redha tu kembali bercambah..

Thursday, September 6, 2012

summer leave pt1


Diam xdiam dah nak balik rusia aku ni, rasa macam sekejap je cuti 2bulan ni ye, even kalau kira balik, dekat tiga bulan senanye, hehe tapi xkisah la, yang penting dapat habiskan masa cuti ni dengan aktiviti2 yang menarik, penat tu jangan cakaplah, betul2 aku rehat Cuma bulan puasa je, sebelum puasa tu mmg jadual bercuti sangat pack, lepas raya pon sama, ade saje yang mengajak berjalan, nak tolak macam xsampai hati, yelah kita ni bukan selalu ade di Malaysia, setahun sekali je, so kenelah terima pelawaan orang tu..
Tapi dalam banyak2 hari, 2 minggu terakhir ni la yg aku rasa paling penat, selang sehari ade saje program kene pegi, ade saje orang yg nak jumpa, tu pon kira nasib baek lah selang sehari, kalau hari ni keluar, besoknya kompem gua xbangun siang lah, haha 
Kalau ikot plan asal, hari khamis tu last nak kua, kononnye nak pegi genting kali kedua, dengan membe2 pulak, tapi oleh sebab ade masalah teknikal, xjadi pulak, nak tunda mmg xsempatlahkan, sabtu nak balik dah, so penutupnya masa dekat Kampar tu lah, lepak rumah dia satu malam, siapa dia? Paham2lah..
Cakap pasal pegi Kampar tu, actually xplan pon nak pegi sana, even hajat tu dah lama nak kesana, tapi xpernah rancang secara rasmi lagi, even masa awal2 raya aritu pon just wish gitu2 je, until one day mak dia ade bg msg, ajak datang rumah, time tu lah aku baru tergerak nak ke sana, jujurnye mmg aku xpikir panjang pon, bila di ajak tu aku terus carik lubang2 kat jadual, jumpa lah 2 hari di minggu terakhir ni yang free, so aku pon gerak lah kesana, dengan takde plan pape, xde sape2, aku redah je carik bas kesana, tau2 dah sampai ipoh, haha
Sampai ipoh tu dalam kul 7, aku stop solat kejap, makan2 sebab dah lapar, pastu usha2 carik tempat tidur, ade ternampak satu signboard “hotel bajet” kat tepi jalan, kira okay lah tu, ade gak backup plan kat situ, haha then aku text mak dia, cakap dah sampai ipoh, mak dia punyalah terkejut, terus cakap nak ambik aku, mula2 aku cakap xpayah, sebab malam tu igt nak pusing2 ipoh tu kejap, yelah xpernah sampai kan, tapi mak dia still nak ambik jugak, katanya bahaya aku sorang2 kat sana, so untuk tidak membuatkan mereka risau, aku pon okay jelah, dekat sejam tunggu baru diorang sampai, jauh jugak ipoh ke Kampar ye, haha yang datang amek aku tu tiga orang, parents dia dgn sorang jiran@kawan baik mak dia, CekDa gelaran yang dia bg sendiri, then mereka bawak aku pergi Damping Malam, ala2 pasar malam lah tu, usha2 sekejap, tp xde pape yg berkenan, so kami balek rumah dengan tangan kosong, b4 sampai rumah tu kami singgah minum kat restoran, mereka makan, tapi aku dah xmampu nak makan, sebab aku baru lepas makan~
Sampai rumah, memula tu aku senyap je, malu barangkali, haha mane xmalunye, dah la datang lewat malam, kene ambik jauh2 lagi, aku pon terus terdiam seribu bahasa, then ayah dia bukak tv, ade pulak berita pasal rusia, haih mmg aku dah paham sangat part ni, time2 camni lah mereka nak jadi wartawan, macam2 mereka Tanya pasal rusia, aku pon jawab je lah pape yang aku tau, gaya macam dah lama je dok rusia tu, padahal baru setahun, haha
Bila masa nak tidur tu, jujur cakap, mula2 mmg susah nak tidur, nak kata xbiasa or segan, mmg xpernah ade dalam kamus hidup aku, mana2 pon aku boleh tidur, haha tapi kali ni agak susah sket, sebab aku asyek sangat berangan, pasal ape? Yang tu xnak citelah, xpenting pon, nanti aku cite ade yang muntah2 pulakkan, so untuk mengelakkan anda2 dari mengotorkan komputer2 anda tersebut, saya simpan jelah angan2 saya tu, hehe
Oh baru perasan, actually entry ni nak tulis pasal jadual cuti je, tapi terpanjang lebar pulak, harap2 xde yang tertidur di perenggan ke-3 udah la ye, okaylah, xnak cite panjang sangat, nanti lambat nak upload entry ni, almaklumlah internet kat umah ni laju sangat, selalu tersasar dari satelit, so lambat sket lah nak masuk ke alam maya untuk dipapar ke komputer2 anda semua =)