Tuesday, April 30, 2013

new bud =,|

haa kalau nak tau, skg kt mocow baru nak start musim bunga, seperti yang tertera di ruangan tajuk nun di atas sana, gua nak cite pasal benih yg baru nak kembali bercambah. malangnya bukan pasal benih2 bunga semulajadi di sekitar moscow sebab memang xde bunga yg nak tumbuh kat sini, semua diorang tanam yang dah siap kat tepi2 jalan n taman2, tapi aku nak cite pasal satu benih yang dah lama wujud, bertahun lamanya aku pendam benih ni, sebab? haaa..
once upon a time, eceh mesampah gila ayat cliche, actually benih ni asalnya macam benih2 yg lain, muncul secara tiba dalam satu taman yg xramai orang taw, even aku sendiri xtaw taman tu sebenarnya wujud ke tak =P tp yg pasti benih2 tu betul2 wujud, tapi aku biarkan je sebab aku pikir benih tu sama macam benih2 lain, xde pape special..
story about this benih bermula about a year since dia wujud, time tu aku just semai ala kadar je, xserious pon sebab aku dah ade satu pokok yang aku tengah jaga, pokok yang aku anggap lebih bermakna berbanding benih tadi, after a while, aku baru perasan banih yg aku anggap biasa, yang aku semai main2 tu, tibe2 tumbuh, even masih kecil, tapi cukup untuk menarik perhatian aku, tapi masa tu aku xbg perhatian sangat sebab aku still ade pokok yg aku kena jaga, jujur aku mmg sayang sangat kt pokok tu, tapi secara xsedar dalam masa yg sama rasa sayang tu mengalir sikit2 kt pokok(benih) kecik yg baru tumbuh tadi, masa tu honestly mmg aku dah goyang sket, sket je lah =P
cerita sket pasal pokok besar, pokok ni dah agak lama aku bela, aku jaga, aku semai, even beberapa kali taufan melanda, aku teteap pertahankan pokok ni, sebab aku sayang sangat kat dia, tapi takdir dah tertulis, mungkin aku bukan penjaga sebenar pokok ni, akhirnya tumbang jugak, lama gak masa aku guna untuk lupakan pokok tu, sebab dah lama aku jaga dia, even aku cuba alihkan perhatian aku kt benih baru td, kenangan2 dgn pokok tu still menari2 dalam memori, after half a year kot baru aku betul2 move on, n after that aku nekad xnak lagi bela pokok until i'm totally ready.
berbalik kt benih tadi, aku xpernah terpikir pon nak semai dia, even dalam hati aku meronta2, tp sebab aku dah janji dgn diri sendiri xnak bela pokok lagi, so aku biarkan je, tp kedaan kami yang memaksa kami selalu bersama, eceh terpaksa haha tp betul, secara xsedar kami mmg dah selalu bersama, n dalam diam rupanya benih tadi dah semakin besar, satu tahap yg aku sendiri xboleh melarikan perhatian aku dari pokok baru nih, aku serba salah, terikat antara janji dan perasaan aku sendiri, ade beberapa kali aku buat istikharah, n aku semacam rasa yg aku patut semai pokok nih, lalu terjadi satu kejadian betul2 buat aku frust, betul2 time musim bunga baru bermula, waktu yg aku rasa amat sesuai untuk aku mula semai pokok tu, tapi aku ternampak seseorang datang tebas n bawak lari pokok tu, time tu aku rasa betul2 frust, kecewa, rasa nak tumbuk je muka orang tu, tapi aku stay cool, xnak malukan dia, xnak malukan diri sendiri, aku pendamkan je.
tak lama lepas tu aku dah boleh terima, aku redha, maybe berkat aku istikharah aritu, aku dah nampak keputusan, so aku move on, aku teruskan hidup aku macam biasa, even pokok tu still ada dekat dgn aku, aku dapat terima pokok tu bukan aku punya, aku kena biasakan, dan aku dah boleh biasakan diri, aku bangga sedikit dengan diri sendiri =)
sampailah satu masa bila aku dapat tahu, rupanya pokok tu still tunggu aku, untuk bawak dia balik, ke taman yang asal, taman tempat dia mula2 tersemai, taman tempat aku biarkan dia sendiri, dan sekali lagi aku rasa, perasaan yg aku sendiri xsuka, perasaan yg aku dah janji nak pendam sampai masanya, sekali lagi, benih yang aku dah redha tu kembali bercambah..